Keliling rumah diliputi salji
tebal agaknya sepuluh inci
Hujan saljinya dah beberapa hari
Belum dapat dicairkan si matahari
Waktu malam bulan mengambang
Indahnya rupa bukan kepalang
Sunyi damai mata memandang
terubat segala hati yang walang
Kembali kita berkisah lagi
perjalanan hidupku berliku liki
bahagia sungguh hidup di hawaii
ramai orang dapat ku kenali
Pembesar negara serta raja
pernah semeja menjamu selera
di sana taraf sama belaka
beramah mesra I dan U saja
se tahun di sana sekejap sahaja
rasa tak dan nak buat apa
ku semat ku simpan segala
kali ni saja aku bercerita
Di sana calon jodoh ku jumpa
Walau pun biar seketika
kembali ke negara semuanya lupa
16 tahun kemudian berjumpa semula
Kini hidupku bahagia disamping si dia
Semuanya ini kuasa Nya jua
bertemu semula siapalah sangka
terima kasih alam cyber
1982 ku kembali ke malaya
menyambung balik tugas di sana
berkobar-kobar nak kongsi ilmu di dada
tapi Boss mencebih bibir saja
Tahulah aku pemergianku tak direstu
marah sangat boss yang satu
rupanya beliau tidak setuju
sebab calonnya tak diterima dulu
segala usahaku tidak dipandang
rasa diri macam terbuang
nak tukar kerja selalu dihalang
merengkoklah aku di penjara tak berpalang
ish tercerita kisah sedih pulak
semua datang tak dapat ditolak
ku buat kerja jangankan tidak
ku ubat hati merantau sejenak
Sudah tak ingat tahun nya bila
Ku jelajahi eropah semula
kali ini berdua sahaja
bermula dari istambul la
Agak sebulan juga lamanya
Benua eropah ku redah merata
bersantai di gunung ganangnya
beramah mesra dengan penduduknya
nanti sambung lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
oooo gitu cerita nya :-)
lagu tu rupanya :) sambung lagi...
Salam perkenalan pada Cik Puan,
Tumpang lalu, saja jalan-jalan,
Mula-mula baca terasa hairan,
Walaupun jauh diseberang lautan,
Pantun seloka masih bertahan,
Ingatkan dah lupa dari fikiran.
Post a Comment