Monday, November 27, 2006

seloka lagi

Apa nak kata sudah terjangkit
gurindam seloka macam penyakit
Ku asah bahasa berdikit-dikit
macam menenun si kain songket

Ingin dikongsi cerita lama
lepas ditinggalkan sekolah asrama
Menetap pula di kolej pertama
di universiti malaya tempat ternama

Belajar, bersukan bermain bersama
untuk mendapat ijazah pertama
Belum tahu rezeki di mana
Mintak-mintak tidak tunggu lama

tiga tahun cepat berlalu
Macam tak cukup masa nak baca buku
peperiksaan akhir datang melulu
Bagaimana masa depan belumlah tentu

terbaca di dada akhbar berita
ada biasiswa ditawar sedia
jika berminat lamar lah dia
tawaran belajar di luar negara

temu duga di musim periksa
waktu tepat pukul dua
peperiksaan di pagi ada
ku terus bersiap sedia

Habis saja kertas periksa
Terus ku naik bas srijaya
mennghadapi si penemuduga
dalam hati berdoa dimudahkan usaha

Belum pun habis periksa
ku ditawar biasiswa
belajar nun di luar negara
colombo plan nama penaja

gembira hati tidak terkira
tersengeh tersenyum masa periksa
harap-harap urusan mudah sahaja
ongkosnya belum tahu entah di mana

2 comments:

Kak Teh said...

kak teh pun sudah buka cerita,
bukan yang baru tapi yang lama,
merantau 27 tahun punya angkara,
nak buat seloka bukan senangnya.

Tappi mutiara dijemput membaca,
tambahlah sikit meriahkan suasana,
samalah kita merantau sini sana,
mengongsi pengalaman yangtak terkira.

Alinlai said...

bravo kak sal...keep it up :)