Pagi ini muram sahaja
sleet dan salji turun melanda
Laman sekeliling putih semuanya
Angin membadai menderu bunyinya
Bila sejuk-sejuk begini
terkenang di Inggeris pertama pergi
Ingin melihat bermain salji
baru ku tahu London salji jarang sekali
Semasa sampai di luar negara
walau pun diri tak berapa bersedia
Dengan berkat darah muda
semua berjalan dengan berpada
Ku daftar diri kursus sarjana
Di politeknik, sekarang dah bertukar nama
Tempat tinggal entah di mana
seketika itu tinggal di asrama
Asrama jauh tidak terhingga
Ku lamar tempat di Dewan Malaysia
mereka kata lamaran ku tak boleh diterima
kerana bukan pemegang biasiswa JPAnya
Ku merayu ku meminta
berilah ku tinggal sementara
nanti ku cari tempat lain pula
oklah kata mereka, cuma 2 hari saja
lepas kelas aku meronda
bersama kawan yang ingin mencuba
mencari tempat tinggal yang selesa
walau pun tak tau entah di mana
Selepas beberapa lama mencari
Terjumpalah bilik yang dapat di diami
naik turun bas, tube beberapa kali
Berasa lega di sanubari
nanti sambung nostalgia di luar negeri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kalau nak mula tak boleh sikit,
sal dah sah terkena jangkit,
cerita lama dah mula ungkit,
masa tidork pun tak sabark nak mangkit.
Kak Teh
Tu lah orang tua-tua kata
Segala yang baru semua lupa
Cerita dulukala ingat semua
Macam mana lah tak penin kepala
Post a Comment