Tak tahu di mana harus bermula
membuka cerita perihal segala
supaya yang mebaca tak pening kepala
mencari maksud seloka saya
Pagi tadi berjalan beriadah
Bersama anjing yang manja sudah
sambil berjalan sambil bermadah
menghayati bahasa yang amat indah
Ingin ku bercerita lucu
bila berumur lupa selalu
cermin mata letak melulu
takjumpa dicari kehilir ke hulu
Ku cari merata-rata
atas bawah meja komputer
Di bilik tidur di bilik air merata
Ali-alih ada di kepala
Teringat aku kata arwah ibunda
bila berumur banyak lah lupa
perkara yang baru tak pernah ingat di kepala
Tetapi kisah lama ingat semula
Ini kisah lama dengan lucunya
Semasa berjalan di bandar Geneva
Ingin menaiki pengangkutan bandaraya
Tak tahu tempat mendapatkan kartunya
Di perhentianya orang ramai berbaris
Mungkin di sini dibelinya karcis
Ternampak kotak tergantung beriklan habis
Ingatkan di situ dijualnya karcis
Ku masuk wang ku tekan butang
Tak jugak keluar apa pun barang
beberapa orang menolong datang
terkeluar kondom, malunya aku bukan kepalang
pernah ku melilau seluruh dunia
hingga sampai ke Vitigmilia (ejaan)
banjir besar tidak terkira
sungai penuh dengan kereta
perjalanan ku tersekat lama di situ
Tunggu lah aku beberapa waktu
Tak sampailah ke tempat yang nak dituju
Malam itu tidur di bangku
Dini hari aku di kejutkan
Ada bas hendak ke pekan
Kalau mahu teruskan perjalanan
Naik lah bas separuh jalan
Ku ikut saja orang semua
Sebab tak faham bahasa catalan nya
Cuma ku tahu cakap nak ke barcelona
Aku di hantar ke keretapi naik percuma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
am, sambung lagi buat seloka moka nih.sesuai rasanya untuk org yg malas tulis blog pepanjang macam am nih :-)
Gurindam seloka mengusik hati
Cerita pengalaman lucu sekali
Pasti ramai menjenguk nanti
Membalas seloka menghibur hati
Cerita lagi Kak Sal...
sudahkah sal terjangkit seloka
mula tak mau kini dah suka
tidur bangun tak ingat apa,
cakap pun dah semacam irama.
Joe..AM now nak tulis dalam bentuk seloka, so Joe kenalah baca
N..ni KakSal mula cerita
KT..sakit sungguh penyakit ni, tak boleh tidur sampai kepagi
Post a Comment