Friday, September 02, 2005

Jika kita perhatikan

Saya mempunyai banyak masa sejak pencen dan bermastautin di perkampongan di Amerika Syarikat. Ramai di antara kita menganggap cara hidup di Amerika, adalah seperti yg kita lihat di kaca Televisyen. Dalam pemerhatian saya, lebih ramai rakyat Amerika yang hidup dalam kesempitan. Kita sangka bahawa semua orang yang mempunyai kenderaan di Amerika, adalah orang senang. Kebanyakan mereka hidup dalam hutang. Kenderaan ada lah benda yang wajib. Di bandar-bandar besar sahaja mempunyai pengankutan awam, tetapi bagi bandar yang sederhana, tidak ada, apa tah lagi bandar-bandar yang kecil yang penduduknya kurang daripada 10,000. Untuk hidup kebanyakan mereka bekerja dengan gaji minima, terutamanya mereka yang hanya berpendidikan setakat sekolah menengah saja. Motivasi untuk menyambung pendidikan ke tahap yang lebih tinggi sangatlah berkurangan. Lepasan sekolah menengah (high school), di bandar-bandar kecil kebanyakannya tidak tahu membaca dan menulis dengan baik. mereka hanya tahu menulis nama mereka dan nombor sahaja. Tidak suka membaca, sebab tidak boleh membaca dengan baik. Walau bagaimana pun kebanyakan mereka pandai bercakap, yang tidak tahu ekor pangkal. Kadang-kadang, saya merasa kasihan terhadap mereka ini, cakap sahaja berdegar-degar, tetapi semuanya kosong.
Entahlah...

2 comments:

ety said...

AM, do'a saya AM dan suami berada dalam keadaan sihat dan selamat dari taufan katrina tuh....jaga diri dan hubby baik2. sambung lah nulis kat blog tuh, rindu nak baca citer2 AM.


Wassallam:
Ety

AuntieYan said...

Oooo, gitu rupanya orang Amerika ni. Kita cuma tengok kat TV...ingatkan depa ni semuanya cerdik pandai belaka, kaya, lawa, hensem & seksi....rupanya, mungkin dalam sesetengah situasi, depa lebih teruk dari rakyat Malaysia nooo....Harapkan Sal dapat selalu bercerita lagi...sihat? harap-harap gitu le hendaknya. :-)