Thursday, December 14, 2006
Mari kita menternak pulak
berkebun bertenak amalan kita
hasilnya bagus kesihatan dijaga
makanan sihat itulah dikata
tidak tercampur toksin segala
ish apa pula silap salahnya
blogger.com tak mau bekerja
gambar yang diletak tidak tertera
ni yang buat malas nak update semula
Wednesday, December 13, 2006
Mari berkebun
Monday, December 04, 2006
sambung lagi
Keliling rumah diliputi salji
tebal agaknya sepuluh inci
Hujan saljinya dah beberapa hari
Belum dapat dicairkan si matahari
Waktu malam bulan mengambang
Indahnya rupa bukan kepalang
Sunyi damai mata memandang
terubat segala hati yang walang
Kembali kita berkisah lagi
perjalanan hidupku berliku liki
bahagia sungguh hidup di hawaii
ramai orang dapat ku kenali
Pembesar negara serta raja
pernah semeja menjamu selera
di sana taraf sama belaka
beramah mesra I dan U saja
se tahun di sana sekejap sahaja
rasa tak dan nak buat apa
ku semat ku simpan segala
kali ni saja aku bercerita
Di sana calon jodoh ku jumpa
Walau pun biar seketika
kembali ke negara semuanya lupa
16 tahun kemudian berjumpa semula
Kini hidupku bahagia disamping si dia
Semuanya ini kuasa Nya jua
bertemu semula siapalah sangka
terima kasih alam cyber
1982 ku kembali ke malaya
menyambung balik tugas di sana
berkobar-kobar nak kongsi ilmu di dada
tapi Boss mencebih bibir saja
Tahulah aku pemergianku tak direstu
marah sangat boss yang satu
rupanya beliau tidak setuju
sebab calonnya tak diterima dulu
segala usahaku tidak dipandang
rasa diri macam terbuang
nak tukar kerja selalu dihalang
merengkoklah aku di penjara tak berpalang
ish tercerita kisah sedih pulak
semua datang tak dapat ditolak
ku buat kerja jangankan tidak
ku ubat hati merantau sejenak
Sudah tak ingat tahun nya bila
Ku jelajahi eropah semula
kali ini berdua sahaja
bermula dari istambul la
Agak sebulan juga lamanya
Benua eropah ku redah merata
bersantai di gunung ganangnya
beramah mesra dengan penduduknya
nanti sambung lagi
tebal agaknya sepuluh inci
Hujan saljinya dah beberapa hari
Belum dapat dicairkan si matahari
Waktu malam bulan mengambang
Indahnya rupa bukan kepalang
Sunyi damai mata memandang
terubat segala hati yang walang
Kembali kita berkisah lagi
perjalanan hidupku berliku liki
bahagia sungguh hidup di hawaii
ramai orang dapat ku kenali
Pembesar negara serta raja
pernah semeja menjamu selera
di sana taraf sama belaka
beramah mesra I dan U saja
se tahun di sana sekejap sahaja
rasa tak dan nak buat apa
ku semat ku simpan segala
kali ni saja aku bercerita
Di sana calon jodoh ku jumpa
Walau pun biar seketika
kembali ke negara semuanya lupa
16 tahun kemudian berjumpa semula
Kini hidupku bahagia disamping si dia
Semuanya ini kuasa Nya jua
bertemu semula siapalah sangka
terima kasih alam cyber
1982 ku kembali ke malaya
menyambung balik tugas di sana
berkobar-kobar nak kongsi ilmu di dada
tapi Boss mencebih bibir saja
Tahulah aku pemergianku tak direstu
marah sangat boss yang satu
rupanya beliau tidak setuju
sebab calonnya tak diterima dulu
segala usahaku tidak dipandang
rasa diri macam terbuang
nak tukar kerja selalu dihalang
merengkoklah aku di penjara tak berpalang
ish tercerita kisah sedih pulak
semua datang tak dapat ditolak
ku buat kerja jangankan tidak
ku ubat hati merantau sejenak
Sudah tak ingat tahun nya bila
Ku jelajahi eropah semula
kali ini berdua sahaja
bermula dari istambul la
Agak sebulan juga lamanya
Benua eropah ku redah merata
bersantai di gunung ganangnya
beramah mesra dengan penduduknya
nanti sambung lagi
Sunday, December 03, 2006
Sambung cerita dalam seloka
Setahun setengah menimba ilmu
satu diploma dapat dipangku
cerah gamaknya masa depan ku
mengharungi hidup serba berliku
Cuti sekolah aku bekerja
untuk mendapat wang belanja
merantau eropah melihat dunia
Masa mudalah nak buat itu semua
Pertama kali ke benua eropah
ikut rombongan ala cik kiah
singgah di tempat-tempat yang indah
lima enam negara habis dijelajah
bersama segulung ijazah
pulang ke negara bertuah
memberi bakti tanpa gelabah
membina bersama negara yang indah
Tahun 1978 mula berbakti
tak lama kemudian gatallah kaki
luar negara ingin ku jejaki
mendapat peluang mencari rezeki
Ku teliti macam-macam berita
mungkin ada peluang biasiswa
ternampaklah satu berita
hadiah menyelidik Fulbright-Macee namanya
Dengan segera ku melamar dia
takut tertinggal peluang yang ada
tak berapa lama dengarlah berita
Hadiah itu aku yang punya
Ke Honolulu ke barat pula
aku mengangkut beg segala
Dengan hati yang sangat suka
mulalah aku berkhidmat di sana
Cantik dan indah rupa pulaunya
bertambah pula ramah penduduknya
terpikat hati bila di sana
rasa nak duduk beberapa lama
sampai di sini cerita dulu
aku nak pergi sodok salji yg beku
kalau tidak jatuh berdebub lah aku
sakit b*nt*t lah macam tu
satu diploma dapat dipangku
cerah gamaknya masa depan ku
mengharungi hidup serba berliku
Cuti sekolah aku bekerja
untuk mendapat wang belanja
merantau eropah melihat dunia
Masa mudalah nak buat itu semua
Pertama kali ke benua eropah
ikut rombongan ala cik kiah
singgah di tempat-tempat yang indah
lima enam negara habis dijelajah
bersama segulung ijazah
pulang ke negara bertuah
memberi bakti tanpa gelabah
membina bersama negara yang indah
Tahun 1978 mula berbakti
tak lama kemudian gatallah kaki
luar negara ingin ku jejaki
mendapat peluang mencari rezeki
Ku teliti macam-macam berita
mungkin ada peluang biasiswa
ternampaklah satu berita
hadiah menyelidik Fulbright-Macee namanya
Dengan segera ku melamar dia
takut tertinggal peluang yang ada
tak berapa lama dengarlah berita
Hadiah itu aku yang punya
Ke Honolulu ke barat pula
aku mengangkut beg segala
Dengan hati yang sangat suka
mulalah aku berkhidmat di sana
Cantik dan indah rupa pulaunya
bertambah pula ramah penduduknya
terpikat hati bila di sana
rasa nak duduk beberapa lama
sampai di sini cerita dulu
aku nak pergi sodok salji yg beku
kalau tidak jatuh berdebub lah aku
sakit b*nt*t lah macam tu
Subscribe to:
Posts (Atom)